Perkongsian pasangan selebriti Dini Schatzmann dan Janna Nick tentang kepentingan mempelajari cara bacaan ayat Al-Quran telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick & Dini Schatzmann Pindah Masuk Rumah, Kos Sewa Dianggar Lebih RM22k Sebulan

Artikel Berkaitan: ‘Suka Hatilah Nak Post 560 Kali Sehari Pun Pasal Anak’ – Janna Nick

Betulkan bacaan

@jannanickofficial

abaikan follow viral trend, jom betulkan bacaan Al fatihah kita ❤️ dailyvlog vlog couple

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Menerusi hantaran di TikTok, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, berkongsi sebuah video yang memaparkan Dini sedang memperbetulkan bacaan ayat Al-Fatihah.

Dalam masa sama, turut kelihatan bersama mereka adalah ibu kepada Janna yang dilihat mengajar dan membantu Dini.

Abaikan follow viral trend, jom betulkan bacaan Al-Fatihah kita.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha pasangan selebriti itu untuk mempelajari cara bacaan surah tersebut.

Selain itu, mereka turut memberikan kata-kata semangat untuk Dini yang mempunyai inisiatif untuk menguasai bacaan Al-Quran.

Sumber: TikTok