berita

[VIDEO] Netizen Samakan Suara Watie & Siti Sarah – ‘Terubat Rindu Shuib Dekat Arwah’

June 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Usahawan terkenal, Watie Hanifiah menjadi tumpuan warganet sekali lagi apabila tunang kepada pelawak popular Shuib Sepahtu ini dilihat sedang bermesra dengan anak perempuannya.

Artikel Berkaitan: ‘Awak Tak Malu Terbawak Saya Masuk TV?’ – Watie Hanifiah

Artikel Berkaitan: Shuib Komen Gambar Watie Siap Bagi Emoji Hati, ‘Yang Ini Tak Boleh Swipe, Kena Like’

Luangkan masa bersama Talita

Menerusi sebuah video yang dikongsikan semula di TikTok, memaparkan Watie bersama anak tunggal perempuan Shuib, Dzahira Talita sedang bergurau senda di dalam kereta.

Kedengaran Talita sedang meminta bakal ibunya itu untuk mengambil gambar bersamanya dan memuat naik di media sosial. Namun Watie secara berseloroh menolak kerana tidak mahu sering mendedahkan gambar mereka.

Awak nak Aunty ambil gambar dengan awak? Kenapa nak Aunty post gambar awak?

Sebab Aunty suka sorok.

Biarlah Aunty nak sorok, mana boleh Aunty selalu dedahkan muka awak.

‘Gelak macam arwah Sarah..’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan cara Watie ketawa dan dikatakan suaranya seakan-akan sama dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Malah ada diantara mereka mendakwa kerana itulah Shuib jatuh hati terhadap Watie dan sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan terhadap arwah.

Terdahulu, Shuib dan Watie selamat bertunang pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman Watie di Shah Alam dan difahamkan perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 23 Jun ini.

Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011. Namun, Allahyarham  meninggal dunia pada Ogos 2021 disebabkan Covid-19.

@watieyy5

Bergurau dengan anak dara ?? #watie #watiehanifiah #fypmalaysia #tiktokmalaysia #repost #shuibsepahtu #watieshuib #shuibwatie #shuibsepahtu? #shuibsepahtusemogasemuanyabaikbaiksaja #iamwatie #sitisarah #talita #DzakiraTalitaZahra #Uwais #UwaisTalita #sitisarahraissudin #ayash #AriqMatin #AyashAffan #watiehanifiah #fyp #fyp? #fypage #fyp??viral #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypdong #fypp #fypgakni #fypsounds #berandatiktok #capcut #shuibwatie #shuibsarah

? original sound – Watie Shuib – Watie Shuib

Sumber: TikTok

 

SKIP THIS AD ×