![[VIDEO] Netizen ‘Sindir’ Warna Kulit Anak, Fila Amir Tampil Bersuara – ‘Sorry, Kami Tak Taasub Dengan Kulit Putih’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/fila-amir.jpg)
Personaliti media sosial, Fila Amir meluahkan rasa kurang senang apabila segelintir netizen bertindak memberi pujian berbentuk sindiran kepada anaknya berkaitan warna kulit.
Artikel Berkaitan: Fila Amir Bidas Netizen Persoal Wajah Anak Tak Sama Dengan Suami – ‘Macam Kita Ini Tuhan Pula’
Artikel Berkaitan: Suami Fila Amir Beli Rumah Mewah – ‘Sebab Baby Kita Dapat Banyak Rezeki’
‘Dah lama pendam…’
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nur Afilah Amir Rusdi berkata sebelum ini dia memlih untuk mengendahkan komen-komen itu.
Bagaimanapun, selepas kerap menerima komen pujian berbentuk sindiran di media sosial, Afilah atau lebih mesra disapa Fila tampil bersuara supaya tindakan itu dihentikan.
Dah lama pendam. Pada awalnya malas nak ambil kisah dan layan sebab nak fikir positif je.
Tapi sakit mata juga bila nampak komen tak habis-habis cakap pasal warna kulit. Walaupun komen itu bukanlah berniat tidak baik tapi sangat ‘backhanded‘.
Bila puji tapi ada maksud tersirat yang tidak baik, sama ada sengaja atau tidak sengaja. Sebagai contoh, ‘tahniah anak putih’.
Kata Fila, dia merasa pelik apabila terdapat netizen memberi komen begitu kerana baginya ia mempunyai maksud yang tersirat mengatakan kulit putih lebih cantik berbanding kulit gelap.
Jelas Fila, semua kulit mempunyai kecantikan yang tersendiri dan tidak perlu membuat perbandingan.
Aneh betul. Kami (dengan suami) tidak taasub dengan kulit putih. Maaf kalau ada yang terasa.
Walaupun mungkin tiada niat yang tidak baik dengan komen dan ucapan sedemikian, tapi perlu ubah pemikiran.
Kulit putih cantik, kulit gelap pun cantik. Semua kulit lawa.
Sumber: Instagram