berita

[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok KJ ‘Fed Up’ Dengan Fafau – ‘Dataran Kau Pergi Dataran Merdeka Lah’

October 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

KJ Fed Up Dengan Fafau

Penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin berjaya mencuit hati netizen yang terhibur melihatnya telatahnya di TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lembut Juga Pinggang’ – Netizen Terhibur Tengok KJ Menari, Dah Tak Keras

‘Fed up’ dengan Fafau

@hotfm976_ Hahahaha! Aduhh, Chief @Khairykj dah penat dengan @INIREALFAFAU selalu tersasul tersilap tau! Kalau @AGAzmeer @JozlynnHanania_ memang dah masak dah dengan telatah Fafau ni! ?? Sabar Chief, Sabar ok! Garang tau! #Hotfm #KJJadiDJ #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #hotfmnomborsatu #ExtraSpecial ? original sound – Hot FM

Menerusi video dimuat naik Hot FM di TikTok, kelihatan Fara Fauzana atau lebih mesra disapa Fafau tersasul menyebut ‘daratan’ sebagai ‘dataran’.

‘Fed up’ dengan situasi tersebut, Khairy yang mesra disapa KJ itu dilihat membetulkan perkataan yang disebut Fafau.

Apa yang menghiburkan ialah, bekas Menteri Belia dan Sukan itu sempat ‘membahan’ pemenang Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH14) itu.

Daratanlah bukan dataran. Dataran kau pergi Dataran Merdeka lah.

Dapat dilihat Johan dan AG turut kelihatan ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja mendengar gurauan KJ.

Respon netizen

KJ 'fed up' dengan Fafau

KJ 'fed up' dengan Fafau

KJ 'fed up' dengan Fafau

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat KJ yang geram dengan kesalahan yang dibuat oleh Fafau.

Mereka juga menyifatkan situasi itu diibaratkan seperti seorang bapa yang memarahi anak ketika melakukan kesilapan ketika membaca.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×