Di Instagram, pempengaruh dan model terkenal Indonesia, Lucinta Luna meraih perhatian netizen apabila mendakwa dirinya muntah-muntah akibat alahan mengandung.
Artikel Berkaitan: Lepas Dakwa Diri Mengandung, Lucinta Luna Sedih Tunang Masuk Latihan Ketenteraan Di Ukraine
Keluar darah & paku
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah mengalami kesakitan ketika sedang tidur sebelum menjerit memanggil rakan-rakannya.
Ya Tuhan, apa yang terjadi di pagi hari ini? Adakah morning sickness sesakit begini di saat usia kandunganku baru saja mencecah 6 minggu.
Saya rasa seakan ada yang tidak kena dengan kehamilanku kali ini.
Lucinta juga meminta rakan-rakannya untuk memanggilkan suaminya, Arten Boltian. Bagaimanapun, suaminya itu kini sedang berada di Ukraine bagi menjalani latihan ketenteraan di sana.
Tidak lama selepas itu, Lucinta yang menahan kesakitan dilihat batuk sebelum muntah darah sehingga mengeluarkan paku.
Terkejut dengan situasi itu, rakan-rakannya mendakwa berkemungkinan besar pempengaruh itu mengeluarkan muntah darah akibat disihir.
Astaghfirullah ada paku, ini anak manusia atau anak jin?
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan keadaan yang dialami Lucinta itu bukanlah alahan tetapi merupakan sakaratul maut.
Dalam pada itu, mereka juga mempertikai usia kandungan Lucinta yang sebelum ini mendakwa telah pun menjangkau usia tiga bulan.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram