berita

Lepas Dakwa Diri Mengandung, Lucinta Luna Sedih Tunang Masuk Latihan Ketenteraan Di Ukraine

September 18th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lucinta Luna Sedih Berpisah Dengan Tunang

Pempengaruh terkenal Indonesia, Lucinta Luna berkongsi rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan tunangnya, Arten Boltian yang perlu pulang ke Ukraine bagi menyertai latihan tentera.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lucinta Luna Bakal Bertunang Dengan Jejaka Inggeris

‘Cepat pulang ya’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)

Menerusi hantaran di Instagram, Lucinta mendoakan agar urusan Arten sepanjang menjalani latihan ketenteraan dipermudah.

Semoga kami sentiasa sihat di Ukraine ya sayang. Semoga kamu lulus latihan ketenteraan dengan cepat.

Sampaikan salam aku untuk keluarga mentua di sana.

Dalam pada itu, Lucinta yang mendakwa dirinya hamil sebelum ini juga memaklumkan bahawa dia akan setia menanti kepulangan Arten ke Indonesia untuk membesarkan anak mereka bersama-sama.

Dan aku akan sentiasa setia menanti kepulanganmu ke Indonesia, kita besarkan anak kita sama-sama ya sayang.

Menerusi video yang dimuat naik itu juga, dapat dilihat Lucinta mengalirkan air mata seakan tidak rela untuk berpisah dengan tunangnya itu.

Sekadar info, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah mengumumkan pertunangannya bersama Arten pada 28 Julai yang lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×