![[VIDEO] Netizen Tersentuh Lihat Nota Haji & Doa Lisa Surihani, Kagum Catatan Ditulis Dalam Bahasa Inggeris – ‘Allah Tahu Dia Bersedia’](https://asset.ohbulan.com/2026/06/lisa1.jpg)
Persiapan rapi yang dilakukan oleh pelakon, Datin Lisa Surihani untuk menjalani ibadah haji baru-baru ini telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Susun 10 Jari Memohon Maaf’ – Lisa Surihani Bakal Tunai Haji, Doa Urusan Ibadah Dipermudahkan
Artikel Berkaitan: Yusry ‘Upload’ Foto Lisa Surihani Di Threads & Luah Rasa Rindu – ‘Baru 8 Hari..Lama Lagi’
Nota haji & doa Lisa
Menerusi hantaran di TikTok, mutawwif, Dr Amirul Hassan dilihat sedang menyelak buku yang terkandung nota-nota persiapan haji, doa dan zikir milik Lisa.
Kagum sangat dengan catatan Hajjah Lisa sebagai persediaan rohaninya sendiri menghadapi hari-hari haji.
Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal, MasyaAllah.
Hajjah meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama.
Menurut Lisa, catatan tersebut ditulis antaranya daripada kuliah-kuliah ilmu yang dihadirinya sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Dr Amirul turut mencadangkan kepada Lisa agar buku-buku tersebut diterbitkan.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum apabila melihat nota-nota yang ditulis sendiri oleh pelakon filem Sekali Lagi itu.
Dalam masa yang sama, mereka turut memuji catatan Lisa yang kemas dan kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram, Lisa atau nama lengkapnya memaklumkan telah berangkat ke Tanah Suci dan memohon kemaafan daripada semua individu yang mengenalinya.
Sumber: TikTok






