berita

[VIDEO] Netizen Teruja, Dakwa Nampak Wany Hasrita Usap ‘Baby Bump’

February 27th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Ketika peminat dan warganet masih lagi berteka-teki tentang kehamilan Wany Hasrita, muncul pula sebuah video di laman sosial TikTok yang yang jelas kelihatan seakan ‘baby bump’.

Artikel Berkaitan: #AJL37: Nampak Macam ‘Baby Bump’, Netizen Syak Wany Hasrita Hamil?

Artikel Berkaitan: Wany Hasrita ‘Menahan Rindu’ Jadi Isteri PJJ, Rancang Pindah Ke Kuching Dekat Dengan Suami

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kaka Azraff Buat Kejutan Kongsi ‘Baby Bump’, Peminat Tak Percaya Bakal Timang Anak Ketiga

Pegang pinggang & usap perut

Spekulasi tentang kehamilannya bagaikan terjawab apabila Wany Hasrita atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, kelihatan sedang memegang pinggang dan mengusap perutnya semasa menjalankan sesi raptai bagi sebuah majlis pelancaran jenama fesyen tudung untuk koleksi Aidilfitri.

Menerusi video yang teleh memperoleh 2.2 juta tontonan itu, penyanyi yang berusia 30 tahun tersebut dilihat memberikan komitmen yang sangat baik dan aktif ketika sesi raptai dengan menyanyikan lagunya sendiri yang berjudul Canggung, walaupun dikatakan sedang hamil anak sulung.

@tudungkekaboo

Kak Boo is tak sabar nak tengok full performance Wany Hasrita kejap lagi #kekabooraya2023 #fashionshow

? original sound – Tudungkekaboo – Tudungkekaboo

Excited nampak baby bump!

Menjengah ke ruangan komen, warganet sangat teruja melihat perkembangan Wany meskipun empunya diri masih mengunci mulut. Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar penyanyi itu berada dalam keadaan sihat.

Terdahulu, penampilan pelantun lagu Menahan Rindu tersebut menjadi perhatian pada malam Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) apabila dikatakan sedang berbadan dua, namun Wany masih belum bersedia berkongsi tentang berita gembira tersebut.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×