berita

[VIDEO] Niat Nak Celebrate Hari Bapa Tak Kesampaian, Youtuber Filipina Ini Terima Kejutan Memilukan

November 27th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Hajat seorang anak ingin menyambut Hari Bapa buat ayahnya bertukar menjadi suasana sayu. Difahamkan, Youtuber dari Filipina ini merakam detik gembira itu untuk dimuatnaik sebagai vlog simpanannya. Suasana menjadi pilu apabila dia terlihat jasad ayah terbujur kaku di atas katil.

Tak sempat buat kejutan

https://www.facebook.com/majxxx.e/videos/871145813238299/

Video berdurasi 4:30 saat ini dimuatnaik seorang pemuda warganegara Filipina menerusi laman Facebook I’m Okay undang sebak ramai netizen. Rakaman video ini menunjukkan seorang pemuda dan adik sedang dalam perjalanan ke rumah ayahnya untuk membuat kejutan sempena Hari Bapa.

Malah, segala persiapan bagi memberi kejutan kepada ayahnya itu telahpun disusun rapi bertujuan merakam detik manis dan dimuatnaik ke laman Youtube. Namun, detik manis itu bertukar sedih apabila dia terlihat jasad ayah terbujur kaku di atas katil menyebabkan dirinya tersentak lalu meraung kesedihan sambil memegang belon.

Kejadian ini difahamkan te;ah berlaku sekitar Jun 2019 lalu. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda tersebut yang terpaksa menerima khabar berita itu.

Tapi ayah yang bagi kejutan

 

Hajat tak kesampaian

 

Sumber: Sinar Harian, Cara Kita, I’m Okay

SKIP THIS AD ×