Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkongsi cara menjawab jika diajukan soalan oleh rakan bukan Islam mengenai aurat wanita yang lebih banyak perlu ditutup berbanding golongan lelaki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Hukum Azan & Iqamat Bayi Yang Baru Lahir? Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

Nilai wanita tinggi di sisi Islam

Menerusi perkongsian dua penyampai radio Molek FM iaitu DJ Nazz dan Qila, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa nilai golongan wanita itu adalah sangat tinggi dalam Islam.

Golongan wanita ini juga diibaratkan Ustaz Azhar seperti jam tangan mewah yang berharga ratusan ribu ringgit.

Kalau rakan bukan Islam kita tanya? Baiklah, perempuan ini seperti jam tangan mahal yang berharga ratusan ribu.

Kalau jam yang mahal, dia tak akan diletak dan dijual di tepi jalan dan sudah tentu ditutup rapi (dicover).

Kalau lelaki pula macam dekat pasar malam saja, tak ada pun orang nak curi. Dan kalau jam harga ratusan ribu dijual di pasar malam, sudah tentu akan ada yang curi.

Itulah perempuan di sisi Islam, nilai mereka sangat tinggi di sisi Islam kerana merekalah makhluk yang melahirkan para Nabi.

Video

@molekfm

“Value perempuan itu sangat tinggi dalam islam kerana perempuan makhluk yang melahirkan para nabi”, Allahuakbar 🤲🏻 Terus strim Audio+ Molek FM Stesen Radio Nombor Satu Pantai Timur #MolekFM #MolekPagi #KerusiDJNazz #DJNazzQila #GuPantaiTimur #PantaiTimur #stesenradionomborsatupantaitimur

♬ original sound – Molek FM – Molek FM

Sumber: TikTok