Sejak bergelar duda pada awal Ogos, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh nampaknya selesa menjadi diri sendiri.
Artikel Berkaitan: Selamba ‘Catwalk’ Di KLFW2022 Dengan Rokok, Noh Salleh Selesa Jadi Diri Sendiri
Bang haji ludah pengunjung
:- https://t.co/JD9C5KMzUp pic.twitter.com/sm0ICJObx3
— manis (@myraibrahim_) October 2, 2022
Terbaharu, tular rakaman video Noh berkelakuan tidak senonoh ketika Konsert Hausboom Music 2022 yang diadakan di Maeps, Selangor.
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, penyanyi berumur 37 tahun dilihat meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di hadapan ratusan penonton.
Biarpun terang-terangan perbuatan itu menjijikan tetapi reaksi Noh seakan seperti tidak bersalah.
Makin aneh
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menganggap tindakan pemilik nama Mohammad Noh Salleh itu tidak senonoh dan memalukan.
Nama bekas isteri Noh iaitu aktivis kemanusiaan, Mizz Nina turut sama terkait dalam isu terbabit.
Selain itu, ada pengikut yang mendakwa anak kelahiran dari Sarawak itu telah mencampak ‘microphone stand’ sebelum meludah.
Sebelum ini, Noh pernah buat hal apabila ‘catwalk’ di pentas KLFW2022 sambil membawa sepuntung rokok yang tidak dibakar.
Noh juga menyebut, ‘kau pergi mampus.. kau mampus’ sambil jari menunding pada penonton yang hadir.
Sumber: Twitter @myraibrahim_