![[VIDEO] Nora Ariffin Akui Kehidupan Berubah 360 Darjah Selepas Pemergian Johan Nawawi – ‘Boleh Jadi Gila’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/NoraRinduJohan1.jpg)
Penyanyi, Nora Ariffin mengakui kehidupannya berubah 360 darjah selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi.
Artikel Berkaitan: ‘Lagu Sinaran Berkumandang Merata Tempat, Arwah Johan Nawawi Dapat RM60 Je’ – Nora Ariffin
Arwah Johan urus semuanya

Menerusi podcast ‘Kita Kita Aje’ yang dikendalikan pengacara hebat, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nora berkata, sebelum pemergian Arwah Johan, hampir semua urusan harian diuruskan suami tercintanya itu.
Sebelum Johan meninggal dunia, bayar bil ke pergi pejabat pos ke tak pernah.
Kalau memandu kereta ke Seremban contohnya, saya rasa itu dah jauh dah sebab arwah tak pernah bagi saya pandu kereta jauh-jauh dan kita pun tak lasak.
Manja, ada suami.
Berdepan cabaran sebagai ibu tunggal
Namun, selepas memegang status ibu tunggal, kehidupannya mula berubah apabila terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan kehidupan.
Bila momen kehilangan itu, kita akan tahu langit itu tinggi atau rendah. Betapa peritnya menjadi seorang ibu tunggal.
Nak membesarkan anak, nak kena fikir cari makan, fikir itu dan fikir ini.
Dalam masa sama perlu jaga emosi, jaga status. Pak Nil, saya rasa boleh jadi gila.
Tetapi saya ‘follow’ saja proses yang Allah nak tentukan itu. Janji saya tak buat benda yang tak baik dan benda yang salah.
Di penghujung video, Nora meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah Johan dan berharap agar dapat bertemu suami tercinta dalam mimpi walaupun hanya sekali.
Abang, saya rindu sangat pada abang. Datanglah dalam mimpi saya walaupun sekali, saya rindu abang.
Untuk rekod, Nora dan Johan mendirikan rumah tangga pada 1992 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Walau bagaimanapun, jodoh mereka sebagai suami isteri di dunia tidak berpanjangan selepas Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Sumber: TikTok








