berita

[VIDEO] Nora Danish Hadir Majlis Ilmu, Peminat Titip Doa

August 18th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Tular baru-baru ini, perkongsian pelakon jelitawan Nora Danish di Instagram menjadi perhatian apabila tampil berjubah dan bertudung menyertai majlis ilmu.

Artikel Berkaitan: Jejai Dapat Gelaran Datuk, Nora Danish Titip Ucapan Tahniah

Titip ucapan terima kasih

Menerusi hantaran Instagram (IG), Nora, 41, berkongsi momen indah bersama sahabatnya di majlis agama dengan menzahirkan ucapan peghargaan kerana sudi menghadiahkannya jubah.

Di hantaran itu, Nora turut memohon kepada Usatazah untuk tidak berhenti mendoakan dirinya.

Alhamdulillah syukur ya Allah. Terima kasih tuan rumah yang baik hati macam bidadari untuk semua ini. Masak lagi, bagi jubah lagi. MasyaAllah. Semoga Allah merahmati mu sekeluarga.

Kepada ustazah yang fun, membuatkan setiap ilmu berjaya masuk ke hati, sampai air mata tidak berhenti mengalir. Jangan berhenti doa untuk Nora ustazah ye.

Difahamkan majlis tersebut dianjurkan oleh rakan karibnya yang juga selebriti, Betty Rahmad.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Nora apabila bertudung serta menitipkan doa agar pelakon itu diberikan hidayah untuk menutup aurat suatu hari nanti.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Sumber: Nora Danish

SKIP THIS AD ×