Bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli baru-baru ini dikurniakan darjah kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha & Nora Danish Bergambar Satu ‘Frame’ Di Rumah Jejai, Bersatu Demi Anak-Anak
Artikel Berkaitan: Aksi Mesra Fasha Sandha & Nora Danish Curi Tumpuan, Jejai Puji ‘Steady’ Dekat Bekas Isteri
Ucap tahniah
Menerusi hantaran di Instagram (IG), bekas ibu mentua Nora iaitu Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah berkongsi momen ketika anak lelakinya menerima darjah kebesaran tersebut.
Tahniah untuk anak lelaki kami, Toh Muda Rizal yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 4 Ogos 2023 bersamaan 17 Muharam 1445 Hijrah.
Merafak sembah menjunjung kasih Tuanku.
Sementara itu, paling menarik perhatian warganet adalah ucapan tahniah yang dititipkan oleh Nora kepada Rizal atau Jejai diruangan balas hantaran tersebut.
Tahniah Toh Muda Datuk Rizal.
Jejai kemudian membalas ringkas ucapan tersebut.
Terima kasih Nora.
Terdahulu, Jejai menerima gelaran berkenaan bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah yang ke-64 di Balairong Seri, Istana Negara.
Untuk rekod, Nora dan Jejai berkahwin pada Jun 2006 namun berpisah pada Julai 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 14 tahun.
Jejai juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Fasha Sandha pada April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jamyma, 8 sebelum bercerai pada Januari 2016.
Sumber: IG Raja Noora