Pelakon Nora Danish menyifatkan solat lima waktu sebagai oksigen untuknya kekal istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Artikel Berkaitan: Nora Danish Doa Di Makkah, Minta Dipertemukan Jodoh – ‘Tak Pernah Fobia Dengan Perkahwinan’

Artikel Berkaitan: Nora Danish Tak Tersinggung Digelar Ustazah & Artis Contoh – ‘Saya Aminkan Doa Tersebut’

Solat seperti oksigen

@katadanbelek #42 Tak mudah nak mudah, tak susah nak susah. Kredit: YT Media Hiburan #motivasi #gayahidup #katadanbelek #ubahhidup #pelajaran #Malaysia #noradanish #hijrah #mediahiburan #panduanhidup ? Emotional Ending (Vocals Only) – Vocal Tunez & Ilyas Mao

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama lengkap, Nora Danish Mohd. Haniff, 43, akui tidak mudak untuk kekal istiqamah.

Menurutnya, dia cuba sehabis baik menggunakan cara tersendiri dalam membantu proses mendekatkan diri dengan Allah.

Apa yang saya tekankan dalam proses ini adalah saya anggap solat itu seperti oksigen.

Di mana kita perlukan oksigen untuk hidup, tanpa solat kita memang tak boleh bernyawa.

Selain itu, saya letak lebih pressure untuk mencari hidayah.

Sebab saya percaya, lebih banyak tekanan, kita akan lebih berkembang.

Dalam pada itu, pelakon drama Puteri ini menitip pesanan agar tidak pernah berputus asa mencari hidayah sebagai usaha menjadi muslim yang lebih baik.

Menjadi inspirasi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan penghijran aktres berusia 43 tahun itu yang sentiasa berusaha mengekalkan diri beristiqamah. Selain itu, warganet turut bersetuju dengan kenyataan Nora dalam memberi kesedaran tentang kepentingan menunaikan solat.

Sumber: TikTok @Kata&Belek