![[VIDEO] Noraniza Idris Berang, Dakwa Lebih 50% Parcel Che Ani Premium Rosak & Hilang](https://asset.ohbulan.com/2025/08/KAK-ANI-5.jpg)
Penyanyi dan usahawan terkenal, Noraniza Idris, kesal dengan kualiti perkhidmatan penghantaran yang didakwa menjejaskan urusan perniagaan produk jenamanya, Che Ani Premium.
Artikel Berkaitan: Noraniza Idris Kecewa Produk Muruku Che Ani Premium Diciplak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noraniza Idris Bidas Netizen, Tuduh Tiru Aliff Syukri
Barang rosak
Dalam satu video yang tular di TikTok rasmi @cheanipremium, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani menegur secara terbuka sikap cuai dan tidak bertanggungjawab segelintir pihak penghantaran yang menguruskan parcel pelanggan mereka.
Kata Kak Ani, 57, lebih 50 peratus barang jualannya didakwa terpaksa dipulangkan oleh pelanggan kerana telah rosak.
Tahu tak, lebih 50 peratus barang-barang yang dipulangkan semula kepada kami perlu diberikan refund hanya disebabkan kamu orang. Semua rosak! Habis dicampak walaupun dah ada sticker ‘fragile’. Tak reti bacakah?
Tambah Kak Ani, dia juga mendakwa berlaku kehilangan barang daripada bungkusan, walaupun parcel telah dibalut dengan rapi dan lengkap oleh pihaknya sebelum dihantar.
Bos-bos syarikat penghantaran sekalian, kamu tahu tak, ada staf korang yang dah curi barang dekat parcel Che Ani Premium? Kami dah balut cantik-cantik, bila sampai, lain pula plastiknya. Bila buka, barang tak cukup. Siapa yang ambil?
Apabila customer kami complaint, apa yang mereka dapat? Jawapan mudah; ‘bukan salah rider, seller tak balut betul-betul’. Banyak cantik muka korang. Macam mana korang buat kerja macam ni? Tak amanah langsung.
Ramai senasib

Dakwa anak kelahiran Kluang, insiden terbabit bukan hanya berlaku kepada pihaknya sahaja bahkan berkemungkinan pernah melibatkan usahawan lain.
Aku yakin bukan kami saja yang kena. Ramai lagi usahawan lain yang senasib, cuma mungkin tak bersuara. Tapi cukup sekali lagi perkara ni berlaku, kau siap!
Che Ani Premium merupakan jenama yang memfokuskan kepada produk makanan warisan muruku, hasil usaha gigih Noraniza Idris untuk melestarikan tradisi melalui pendekatan keusahawanan.
Namun, insiden seumpama ini memberi kesan langsung kepada reputasi jenama, kepercayaan pelanggan, dan aliran kewangan perniagaan kecil.
Sehubungan itu, Kak Ani menyeru agar pihak-pihak berkaitan lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil ringan terhadap amanah yang diberikan oleh para peniaga, khususnya usahawan kecil yang banyak bergantung kepada sistem penghantaran sebagai nadi operasi.








