Konflik melibatkan pelakon Abby Abadi, bekas suaminya Norman Hakim, serta anak mereka Marissa Dania, akhirnya menemui penyelesaian apabila ketiga-tiga mereka bertemu secara bersemuka, baru-baru ini.

Norman minta maaf

@nabila.ludin #abbyabadi ? bunyi asal – Nabila Ludin

Menerusi video tular di TikTok, kelihatan Norman tampil memohon maaf kepada Abby ketika aktres itu sedang melakukan siaran langsung.

Norman meluahkan rasa kesal atas segala kekurangan dan kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.

Saya tak ada Thread, jadi saya pun tak tahu macam mana. Saya tengok memang sedih, cuma saya tahu saya doa pada Allah, saya kata ‘Ya Allah takkan tak ada satu sikit kebaikan saya pada awak dulu kan.

Tapi saya tahu saya banyak khilaf dan banyak kelemahan. Saya belajar benda itu semua. Yang penting, anak-anak semua apa jadi sekali pun, saya dah cakap ‘ibu, ibu, ibu lepas itu baru ayah.

Tidak terhenti di situ, Norman kemudian bersalaman dan mencium dahi suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria sambil memohon maaf atas segala yang berlaku di masa lalu.

Marissa peluk Abby

@peah0163Bagus jugakkan bawak anak minta maaf kat ibu dia ? Didoakan semoga Abby jumpa jalan penyelesaian dari semua masalah ini.Dan diharapkan watak antogonis tersebut akan muncul pulak untuk meminta maaf ? siapa lagi kalau bukan Aslambul? bunyi asal – Peah

Tidak lama kemudian, Marissa pula muncul untuk memohon maaf sebelum memeluk ibunya itu. Abby pada mulanya hanya berdiam diri, akhirnya tidak dapat menahan sebak lalu memeluk Marissa sambil menitiskan air mata.

Walaupun momen Norman tampil memohon maaf kepada Abby menyentuh hati ramai, namun tidak kurang juga netizen yang mempertikaikan keikhlasan tindakan itu.

Komen netizen

Sumber: TikTok