Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman tidak dapat menahan sebak selepas menerima mesej pujian daripada seorang individu yang menghargai lakonannya menerusi filem Mikael: Pemburu Dua Alam.

Artikel Berkaitan: Norreen Iman & Bekas Suami Kekal Baik Demi Anak-Anak – ‘Tiada Gaduh Pun’

Artikel Berkaitan: Norreen Iman Bersyukur Kehidupan Semakin Baik – ‘Anak Terjaga, Ibu Saya Sihat’

Gembira

View on Threads

Lebih mengejutkan, Norreen, 32, mendedahkan bahawa individu berkenaan bukan berbangsa Melayu, malah berasal dari Melbourne, Australia.

Sementara itu, Norreen turut tidak menyangka filem tersebut mendapat perhatian daripada penonton antarabangsa.

Saya gembira kerana ada mendapat satu dm yang mengatakan dia menonton filem saya.

Saya tak tahu sama ada dia lelaki atau perempuan dan dia daripada Melbourne. Dia bukan orang Melayu.

Dia beritahu saya, filem saya seronok. Saya sangat tersentuh, jadi saya menangis sedikit.

Orang antarabangsa tonton filem kita.

Norreen tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila menyedari dia turut mempunyai peminat dari luar negara.

Mengimbas kembali detik awal penglibatannya dalam dunia seni, Norreen berkata perjalanan untuk membina nama dalam industri tersebut bukanlah semudah yang disangka.

Saya bermula dengan watak kecil sahaja. Saya tidak kisah berapa bayaran yang diterima.

Saya juga tidak pernah buat masalah dengan orang. Jadi bila terima mesej seperti itu, saya memang sangat tersentuh.

Sumber: Threads