Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Rabu mengesahkan penyanyi Ahmad Nubhan sah bercerai dengan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berjaya Dapatkan Hak Jagaan Anak, Nubhan Diberi Lawatan Sebulan Dua Kali

Artikel Berkaitan: Nubhan Tolak Tepi Sementara Isu Rumah Tangga & Dakwaan Orang Ketiga – ‘Saya Kena Fokus GV’

Sah cerai

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Pengesahan itu dimaklumkan oleh peguam syarie mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli yang berkata mahkamah menerima dua lafaz cerai yang dibuat oleh anak guamnya sebelum ini.

Hari ini mahkamah mengesahkan dua lafaz cerai yang telah dibuat oleh pihak plentif (Nubhan) di luar mahkamah adalah sah. Pihak-pihak telah disahkan oleh mahkamah bercerai kali kedua pada 26 Ogos 2025.

Jadi pihak defendant ataupun isteri diperintahkan untuk iddah bermula pada tarikh 26 Ogos lalu dan kemungkinan iddah sudah pun dah tamat. Perlu faham, bukan jatuh talak dua terus, tapi kali kedua. Lafaz cerai pertama pada 2017 dan kali kedua pada 2025.

Dalam pada itu peguam syarie mewakili Dr Fie iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan berunding dengan Nubhan berkaitan isu melibatkan harta pencarian, mutaah dan nafkah anak.

Kita akan cuba berunding dengan pihak plantif. Kalau dapat capai kata sepakat, kita akan terus record kan kepada mahkamah.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.