Penyanyi Nubhan akui segala yang diusahakan adalah buat keselesan satu-satunya ibu tercinta, Mak Jenny.

Artikel Berkaitan: Nubhan Tak Trauma Nak Kahwin Baru, Serah Jodoh Kepada Tuhan – ‘Mohon Doa Yang Baik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Belikan Katil Khas Untuk Keselesaan Mak Jenny, Netizen Puji – ‘Bagus Sentiasa Jaga & Hargai Emak’

Berebut harta

@nubhan86

Duit xda nilai bila kau bahagia…🥰🥰🥰 #omakjenny #fyp #nubhan Utk korg, masuk live nti eh. 7hb ni ada free sambal & free gift raya! Daging salai pun akan ada 🥰

♬ Healing Water – The Meditation – Red Blue Studio

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Ahmad Nubhan Ahmad, 40, memuat naik tangkap layar komen seorang individu yang meraih perhatiannya.

Nanti Mak Jenny meninggal, anak-anak berebut. Kena fikirkan.

Tidak berdiam diri, Nubhan akui telah memikirkan soal pembahagian harta lebih awal agar tidak berlaku pergaduhan antara adik-beradik.

Tegas pelantun lagu Kekasih Untukku itu, dia enggan menuntut sebarang harta meskipun sebahagian besar adalah merupakan hasil titik peluhnya demi memastikan keselesaan seluruh keluarga.

Saya dah fikir lama dah. Saya pernah cakap dekat kakak sulung yang jaga mak dekat kampung.

Saya cakap, apa saja yang saya buat dekat kampung, saya tidak akan tuntut apa-apa.

Semuanya untuk keselesaan mak, kak long dan keluarga yang nak jaga mak serta saudara mara yang datang berkumpul.

Alhamdulillah, ada duit lebih, saya buat sikit demi sedikit. Waktu saya buat dulu, saya dah tak fikir berapa kena berhabis duit.

Bila tengok mak duduk di rumah yang selesa, dada saya rasa lapang dan tenang. Wang ringgit tiada nilai dah.

Saya akan cuba bagi yang terbaik semampu saya. Mak saya sorang saja. Dan saya harap segala perkongsian, dapat beri manfaat yang baik.

Netizen puji

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penyanyi berusia 40 tahun itu yang sentiasa mengutamakan sosok seorang ibu yang tiada ganti. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Nubhan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: TikTok @nubhan86