Perkongsian pelakon baharu dan usahawan Nurin Afiqah menyorot perhatian apabila mendedahkan dirinya kembali aktif bersenam seawal tujuh hari selepas melahirkan cahaya mata.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurin Afiqah Raih Pujian, Kemas Sepah Sisa Makanan Anak – ‘Salute Mak Yang Macam Ini’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Makan Bukan Untuk Cantik’ – Nurin Afiqah Jawab Isu Telan 6 Biji Suplemen Setiap Hari

Berpantang

@nurinafiqaaah

To answer: I tak pantang tradisional. I eat healthy and i move my body a lot. I dah start workout 7 days after i bersalin.

♬ Jenny from the Block (feat. Jadakiss & Styles P.) (Track Masters Remix) – Jennifer Lopez

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nurin memaklumkan dirinya tidak mengamalkan proses berpantang secara tradisional.

Tambah Nurin, dia mengamalkan pemakanan sihat serta memastikan tubuh badannya kekal aktif meskipun baru sahaja melalui fasa berpantang selepas bersalin.

Saya tak berpantang secara tradisional.

Saya makan makanan yang sihat dan banyak bergerak.

Saya dah mula bersenam tujuh hari selepas bersalin.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut menimbulkan rasa kurang senang terhadap rata-rata netizen yang berpendapat badan wanita memerlukan rehat secukupnya selepas bersalin.

Reaksi netizen

Sumber: TikTok @nurinafiqaaah