Pelakon baharu dan usahawan Nurin Afiqah meraih perhatian selepas dilihat menjadi contoh kepada masyarakat agar bertanggungjawab dengan sepah sisa makanan apabila berada di tempat awam.

Artikel Berkaitan: Idea ‘Summer To Remember’ Tercetus Di Eropah, Nurin Afiqah Bakal Buka Butik Di Bangsar

Artikel Berkaitan: ‘Saya Makan Bukan Untuk Cantik’ – Nurin Afiqah Jawab Isu Telan 6 Biji Suplemen Setiap Hari

Kemas sepah anak

@nurinafiqaaahthey’re not gonna be baby forever so its okie? Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nurin difahamkan menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri pelakon, Nina Smith bersama keluarga kecilnya.

Pada perkongsian itu, Nurin dilihat mengemas sepah sisa makanan anaknya yang baru mencecah usia satu tahun.

Bila masih mahu bawa anak pergi majlis.

Mereka tidak selamanya akan sebegini, jadi tak mengapa.

Patut dicontohi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang pernah berpengalaman menjadi pelayan memuji sikap Nurin yang memudahkan urusan pekerja di restoran. Selain itu, warganet turut berharap agar ‘common sense’ ini dapat dinormalisasikan ketika berada di tempat awam.

Sumber: TikTok @nurinafiqaaah