berita

[VIDEO] Nyanyian ‘Hero’ Pasangan Kembar Ketika Majlis Konvokesyen Raih Pujian Netizen

October 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Majlis konvokesyen merupakan upacara kemuncak bagi pelajar-pelajar universiti atau kolej, kerana pada waktu itulah mereka dapat mengukir senyuman buat insan tersayang.

Seperti kebanyakan universiti di Malaysia, majlis konvo diadakan dengan penuh adat. Namun, setiap sidang majlis tersebut, tetamu turut dihiburkan dengan pelbagai jenis persembahan antaranya koir, nyanyian dan tarian. Menerusi Twitter Wafa Hisamudin, gadis ini berkongsi satu video nyanyiannya bersama kembarnya ketika majlis konvokesyen baru-baru ini. Terbaik!

Surprise performance for mama and papa

Menerusi video yang dikongsikan, Wafa dan kembarnya Nur Aliah, mendendangkan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey ketika Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59. Menurut Wafa, persembahan tersebut merupakan kejutan buat kedua ibu bapa mereka yang turut hadir pada majlis ketika itu.

I was shaking so hard

Wafa turut memberitahu bahawa pada mulanya dia tidak boleh melakukan persembahan kerana menggigil. Namun berkat sokongan pihak pengurusan universiti, mereka berdua dapat berduet bersama. Pasangan kembar dari Kuching Sarawak ini turut meluahkan perasaan sebak sewaktu melakukan persembahan tersebut kerana melihat ibu mereka berdiri sambil merakam aksi nyanyian yang dipersembahkan.

Aliah menamatkan pengajiannya dalam Sarjana Seni Persembahan Penyelidikan Pendidikan (Muzik) manakala Wafa pula masih mengikuti pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Muzik) di Universiti Malaya.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen memuji kelunakan suara pasangan kembar tersebut. Menurut netizen, selain mempunyai wajah yang cantik, Aliah dan Wafa juga mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian jika mereka benar-benar fokus terhadap minat tersebut.

Sumber: Wafa Hisamudin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×