Pempengaruh dan usahawan Aliff Awang berkongsi inisiatif untuk membantu para pekerjanya mengkhatamkan al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: Cinta Opai Buat Fatin Afeefa Bertambah Setiap Hari – ‘Perkahwinan Kami Bukan Untuk Ditayang Pada Umum’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Dedah Malaysia Bakal Anjurkan Perlawanan Tinju, Nama Jojo Ghazali Dipetik – ‘Yang Pasti Bukan Dia Sebab Selalu Kalah’

Khatam Quran bulan Ramadan

@aliff_awang

Siapa tak baca quran, kita minta dia berhenti kerja dan kerja tempat lain @Opai Niche

♬ original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa Opai memaklumkan bahawa pekerjanya perlu masuk kerja seawal jam 8:00 pagi untuk bersama-sama bertadarus.

Menurut Opai, bulan Ramadan seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan membaca serta menghayati mesej yang terkandung dalam al-Quran.

Inisiatif aku adalah, kita semua masuk kerja pukul 8:00 pagi dan kita cuba tadarus.

Walaupun mungkin tak berkemampuan nak khatam sendiri, tapi sekurang-kurangnya kita dapat bertadarus dan dapat pahala khatam.

Kita akan cuba buat sepanjang bulan Ramadan. Kita khatam 2 kali.

Kalau sorang baca 5 muka surat sehari, akan ambil dalam 30 minit. Kalau lancar lah.

Aku akan beli Quran banyak-banyak. Bagi korang semua semangat.

Sementara itu, Opai berseloroh untuk pekerjanya menukar kerja jika tidak bersama-sama berusaha membaca al-Quran pada bulan Ramadan.

Pukul 8:00 pagi mengaji sampai pukul 9:00 pagi. Kita akan balik 3:30 petang.

Sebab Ramadan ini bulan al-Quran. Jadi kalau setahun kita tak baca, ini lah bulannya untuk kita mula membaca Quran.

Siapa tak baca Quran, kita minta dia berhenti dan kerja tempat lain.

Sumber: TikTok @Opai Alpiaw