berita

[VIDEO] ‘Padulah! Tak Tahu Pula Boleh Main Drum’ – Netizen Kagum Bakat Serba Boleh Roy Azman

April 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Roy Azman mendapat perhatian ramai selepas video yang memaparkan dirinya sedang bermain drum tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: Viral Video Main Drum Di AJL 2009, Ramai Tak Tahu Rani Kulup Dulu Ada ‘Band’ Sendiri

Artikel Berkaitan: Buat Keputusan Gerak Solo, Qi Razali Beri ‘Hint’ Ada Kemelut Dengan OAG? – ‘Aku Tisu Tandas, Gunalah Aku Selagi Bernyawa’

Hebat main drum

Video yang dimuat naik itu kelihatan pemilik nama sebenar Zairosminan Abdul Rahman sedang bermain drum mengiringi nyanyian lagu Hatiku Kau Guris Luka yang dinyanyikan oleh Zahid AF.

Persembahan mereka dilakukan dihadapan sebuah gedung tekstil di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan mendapat sambutan oleh orang awam yang membeli-belah di situ.

Paling menarik perhatian adalah kebolehan bermain alat muzik oleh pelakon berusia 52 tahun tersebut yang segak memakai baju melayu berwarna kelabu. Persembahannya ternyata bukan sahaja telah menarik perhatian orang awam di situ, malah juga warganet di TikTok.

Netizen puji

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka bahawa pelakon filem Sembilu itu boleh bermain drum dengan baik dan memuji bakatnya sebagai anak seni yang serba boleh.

@thisisroyazman

Band ‘Carca Merba’ show td depan Gulatis Jalan TAR Kl. Yg pompuan tu Shashic tau ? Nizam mc. Tq Gulatis & tetamu yg hadir ? Tq jugak to Band Caliph Buskers bg tumpang main td…so sweeeetttttt? #gulatis #caliphbuskers

? original sound – Roy Azman – Roy Azman

Sumber: Tiktok

SKIP THIS AD ×