![[VIDEO] Pak Nil Bebel Kek Pisang Coklat Khairul Aming Tak Menjadi – ‘Aku Ini Baru, Ajar La Betul-Betul’](https://media.ohbulan.com/2025/03/paknil-1.jpg)

Resipi pempengaruh Khairul Aming sering kali menjadi rujukan rakyat Malaysia bagi persediaan juadah berbuka puasa.
Artikel Berkaitan: ‘Ahmad Nawab Akan Sentiasa Menjadi Hero Dunia Lagu Tanah Air’ – Pak Nil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Gembira Ramai Kongsi Video Masakan, Sempat Berseloroh – ‘Tolong Aku Merayu Jangan Derhaka Resipi’
Pak Nil buat tak jadi
@datukaznil Percubaan membuat kek Pisang coklat @Khairulaming ? original sound – Aznil
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aznil yang mesra disapa Pak Nil dilihat mencuba resipi Khairul Aming iaitu kek pisang coklat yang tular baru-baru ini.
Apa yang membuatkan netizen terhibur apabila percubaan itu gagal gara-gara ‘derhaka’ pada resipi.
Aku ini baru mula nak belajar.
Khairul Aming pun satu, kau ajar la betul-betul.
Kau lain la, kau dah pandai masak.
Netizen terhibur




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi personaliti televisyen terkenal itu apabila menyalahkan Khairul Aming sebagai punca kek pisang coklat tidak menjadi. Selain itu, warganet turut berseloroh dengan mewakilkan Pak Nil sebagai ‘ketua kelas’.
Sumber: TikTok @Aznil








