Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi momen mengharukan sewaktu dirinya selesai mengacarakan program ‘Talk To My Manager’ (TTTM) pada Ahad.

Artikel Berkatian: Pak Nil Anggap Zaman Tsumawi Tak Pernah Padam, Titip Kata Semangat Susulan Pembatalan Konsert

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pak Nil Pernah Ditegur Allahyarham Pak Lah Ketika Bergelar Wartawan – ‘Dia Cakap Lembut Saja Dengan Saya’

Pak Nil terharu

@datukaznilnawawi

Selepas live show TTMM, paknil kelaparan. Baru nak suap lauk ke mulut tiba2 ada lelaki Cina menjerit bila dia nampak paknil. Dia jerit kuat! Seluruh kedai mamak terkejut dan terdiam. Untuk elak Gangguan pada customer lain, paknil panggil dia dan seorang perempuan duduk sebelah paknil. Sempat pulak PA Paknil rakam perbualan kami. **Paknil rasa sangat terharu dan dihargai bila anak keturunan cina pun tonton Tom Tom Bak masa dia kecil. Kini dia dah besar, Masih kenal paknil dan Mintak paknil Jangan berenti

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Menerusi TikTok, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil memuat naik video dirinya yang sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak.

Sedang mahu menjamu selera, Pak Nil kemudiannya disapa seorang peminat berbangsa Cina yang begitu teruja melihat keberadaannya di situ.

Selepas ‘live show’ TTMM, Pak Nil kelaparan.

Baru nak suap lauk ke mulut tiba-tiba ada lelaki Cina menjerit bila dia nampak Pak Nil.

Dia jerit kuat! Seluruh kedai mamak terkejut dan terdiam.

Bagi mengelakkan gangguan kepada pelanggan lain, Pak Nil kemudiannya menjemput pemuda itu untuk duduk semeja dengannya.

Apa yang mengharukan ialah, pemuda yang baru berusia 24 tahun itu mengakui dirinya membesar dengan menonton rancangan yang dihoskan oleh Pak Nil iaitu ‘Tom Tom Bak’.

Pak Nil panggil dia dan seorang perempuan duduk sebelah Pak Nil untuk elak gangguan kepada pelanggan lain.

Pak Nil rasa sangat terharu dan dihargai bila anak keturunan Cina pun tonton Tom Tom Bak masa dia kecil.

Kini dia dah besar, masih kenal dan minta Pak Nil jangan berhenti.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Pak Nil sebagai seorang pengacara lagenda yang tiada gantinya dan masih kekal relevan hingga ke hari ini.

Netizen juga memuji sikap Pak Nil yang tetap mesra melayan peminat meskipun ketika sedang menjamu selera.

Sumber: TikTok