berita

[VIDEO] Pakai Satu ‘Set’ Merah Ke Konsert Ella, Netizen Puji Che Ta ‘Always Slay’ – ‘Fesyen Sentiasa Kebabom’

June 14th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Umum tahu kecantikan yang dimiliki oleh pelakon Rozita Che Wan yang sering kali menggayakan gaya seperti ‘orang muda’.

Baru-baru ini, gaya Rozita Che Wan menjadi bualan di media sosial apabila tampil dengan busana berwarna merah dan dilabel ‘high class’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Beli Katil Hampir RM10K, Kualiti Ta*k’ – Rozita Che Wan Kecewa Dengan Perabot Lokal

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Lancar Inai Harga ‘Rahmah’, Ingin Kongsi RM7 Juta Dengan Suri Rumah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Bagi Peluang Kedua’ – Rozita Che Wan Pesan Isteri Jangan Jadi Bodoh

‘Taste’ tinggi

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta dilihat berpakaian serba merah ketika menghadiri konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0.

Hal itu meraih perhatian netizen dengan gayanya yang hadir ke konsert bersama ribuan penonton yang lain.

Keberanian Che Ta dalam menggayakan busana itu dipuji netizen kerana dilihat seperti gaya berkelas tinggi.

@rozitachewan1

Qhugi sapa yg tk p tgk konsert Ella 35 tahun ? . #fyp #cheta #rcw

? Tiada Tangis Lagi – ???????????

Netizen teruja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Che Ta kerana dikatakan hanya aktres berusia 50 tahun itu sahaja yang boleh menggayakan gaya sebegitu. Selain itu, terdapat juga komen yang mencemburui Che Ta yang tetap kelihatan cantik dengan semua warna yang dipakainya.

Sumber: TikTok @rozitachewan1

SKIP THIS AD ×