Nama pasangan selebriti Mona Allen dan Pekin Ibrahim menjadi topik bualan dalam kalangan wargamaya apabila mereka didakwa menyambut perayaan Hari Natal, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Mona Allen Dedah Bukan Pertama Kali Terima Mesej Lucah Diajak Buat Perkara Tak Senonoh – ‘Ada Yang Tawar RM1 Juta & Kondominium’

‘Kecewanya…’

Isu tercetus selepas seorang pengguna media sosial memuat naik semula potongan video di TikTok yang memaparkan Mona dan Pekin menghadiri sebuah majlis bersama beberapa kenalan rapat mereka.

Menerusi rakaman tersebut, pasangan berkenaan dilihat mengenakan topi berwarna merah dan putih yang sinonim dengan karakter Santa Claus, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta spekulasi dalam kalangan netizen.

Bukan itu sahaja, Mona, Pekin serta rakan-rakan mereka turut didakwa melakukan aktiviti bertukar hadiah yang lazimnya dikaitkan dengan sambutan perayaan Krismas.

Hal itu lantas menguatkan lagi tanggapan sesetengah pihak bahawa majlis tersebut merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Natal.

Situasi berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan segelintir wargamaya, khususnya yang beragama Islam dengan mempersoalkan kewajaran tindakan pasangan selebriti itu.

Bagaimanapun, ada netizen tampil mempertahankan Mona dan Pekin dengan menyatakan majlis berkenaan tidak semestinya menyambut Hari Natal, berkemungkinan hanya satu perjumpaan santai bersama rakan-rakan.

Menurut pandangan warganet, aktiviti tukar hadiah bukanlah sesuatu yang sinonim kepada perayaan Krismas semata-mata, sebaliknya permainan sosial yang popular sebagai cara memupuk semangat dan eratkan hubungan silaturahim.

Setakat ini, Mona dan Pekin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjelaskan perkara tersebut.

Video

@eliyanasufi

Ni baru 1 kumpulan yang tunjuk secara terang-terangan. Diluar sana pasti masih ada ramai lagi yang wallahu’alam sama ada mereka tidak tahu ataupun mereka buat buat tak tahu bahawa kita orang Islam tidak boleh merayakan Hari Natal. Di bulan Rejab yang mulia ini, marilah kita doa supaya mereka dikurniakan taufiq hidayah oleh-Nya 😢😢😢 Dan paling sedih lagi apabila seseorang yang elok sudah berhijab tapi di perayaan ini sanggup tanggal hijabnya… #fyp #christmas #monaallen #malaysia #taubat

♬ Bila Tiba – Ungu

Sumber: TikTok