berita

[VIDEO] Panggil View Chin ‘Sayang’, Netizen Gelar Mira ‘Muka Tebal’ & Gedik

July 30th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

View Chin, Mira

Pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi, View Chin dan pekerjanya, Amirah Aqilah kembali bersama dalam siaran langsung selepas beberapa bulan mereka ‘terpisah’.

Artikel Berkaitan: Digelar Sundal & Tak Tahu Malu, Amirah Mengaku Mental Penat

Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Saya Dengan View Chin Bermula Setelah Mereka Sah Bercerai’ – Amirah

Panggil ‘sayang’

View Chin, Mira

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Amirah Aqilah atau lebih dikenali dengan panggilan Mira memaklumkan bahawa dia dan View Chin kini kembali. Difahamkan pasangan itu kembali bersama sempena jualan 7.7 yang diadakan secara langsung pada awal bulan lalu.

Susulan perkongsian itu, View Chin turut memuat naik beberapa video dirinya bersama Mira. Terbaru, video mereka berdua mencuri perhatian netizen apabila Mira memanggil View Chin dengan panggilan ‘sayang’.

Meskipun video tersebut dipercayai sekadar suka-suka dan hanya konten semata, netizen mula berasa ‘loya’ melihat kemesraan yang terjalin di antara View Chin dan Mira. Malah, ada juga yang mengungkit kisah lalu pasangan tersebut.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by View Chin (@viewhau)

Terdahulu, kisah View Chin dan Mira menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas bekas isterinya, Shermine Hau Ah Moi mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua di aplikasi WhatsApp.

Wanita itu turut mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja tersebut dan menjadi punca kepada keretakkan rumah tangganya.

Sumber: View Chin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×