berita

[VIDEO] Pasangan Pengantin Pertama Di Malaysia Akad Nikah Secara Online Di Rumah Masing-Masing

April 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tanggal 18 April 2020 merupakan detik yang bersejarah buat pasangan mempelai Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif selepas mereka diijabkabulkan dalam pernikahan secara atas talian (online).

Lebih menarik perhatian ramai adalah mereka merupakan pasangan pengantin pertama di Malaysia yang melalui fasa pernikahan ini disebabkan sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Akad nikah online

Menerusi laporan yang dipetik daripada Alhijrah Online, majlis pernikahan pasangan pengantin ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan yang terletak di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di rumahnya di Setiawangsa.

Memandangkan ini merupakan pasangan pengantin pertama di Malaysia yang mengadakan akad nikah secara online, maka ianya turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live Berita AlHijrah.

Mengikut garis panduan yang ditetapkan

Menerusi video tersebut juga memaparkan bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Sharif Khamis telah menjadi wali pernikahan puterinya itu dengan kehadiran beberapa orang saksi. Bukan itu sahaja, majlis bersejarah ini turut disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

Majlis akad nikah pasangan adalah selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April yang lalu untuk memberi kelonggaran kepada pasangan yang ingin bernikah secara atas talian. Mereka pelu memperoleh Kebenaran Berkahwin daripada JAWI terlebih dahulu. Bagaimanapun, segala garis panduan dan ketetapan yang terdapat di borang permohonan perlulah dipatuhi oleh kedua-dua pengantin yang ingin melaksanakan akad nikah secara sidang video atau video conference.

Sumber: Alhijrah OnlineFacebook Live Berita AlHijrah.

SKIP THIS AD ×