![[VIDEO] Peguam Titip Pesanan Buat Ibu Bapa, Kumpul Bahan Bukti Sebelum Terlambat – ‘Ajar Anak Lawan Balik’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/isu-buli.jpg)
Individu yang merupakan seorang peguam tampil menjelaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh mangsa buli dan ibu bapa sebelum terlambat.
Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: ‘Che Ta Berani Bersuara, Tuntut Keadilan Secara Terbuka’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Adik Zara Masih Utuh Meskipun Sudah 23 Hari Dikebumikan
Ajar anak lawan pembuli
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, peguam yang dikenali sebagai Liyana memaklumkan agar ibu bapa memainkan peranan penting jika menerima aduan tentang anak dibuli.
Ujarnya, ibu bapa perlu mengajar anak-anak untuk berani membuat aduan kepada pihak atasan.
Saya pernah dibuli dan saya ibu kepada dua orang cahaya mata.
Ibu bapa kena faham, kalau anak-anak dibuli, beri mereka sokongan.
Jangan marah anak dan jangan ajar mereka bahawa semua tindakan jahat akan dibalas di akhirat kelak.
Kalau anak dibuli, kena galakkan anak untuk memaklumkan pada ibu bapa.
Kena ajar anak, jika dibuli, lawan balik atau buat aduan.
Buat aduan

Berkongsi lebih lanjut, Liyana turut menegaskan kepada ibu bapa agar segera buat laporan polis bagi mengumpul bahan bukti yang kukuh.
Anak kena mengadu pada guru jika dibuli.
Kalau guru tak tahu nak buat apa, ibu bapa perlu bawa perkara itu kepada pihak atasan melalui surat rasmi.
Lepas itu, buat laporan polis. Buat lah begini setiap kali ada kes anak dibuli supaya ada bahan bukti yang kukuh.
Di akhir perkongsian, Liyana menitipkan pesanan kepada mangsa buli untuk berani mendapatkan bantuan terutama daripada ibu bapa.
Sumber: TikTok @LiyanaTheLawyer








