berita

[VIDEO] ‘Pejam Celik 2 Tahun Sudah Berlalu, Masih Teringat Tarikh Yang Kita Pilih Untuk Ayash Lahir’

August 9th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Siti Sarah

Meskipun sudah dua tahun pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin, pelawak Shuib Sepahtu berkata sehingga hari ini mereka sekeluarga masih merindui arwah.

Setiap hari rindu

Siti Sarah

Di Instagram, Shuib berkongsi momen semasa arwah mengandung anak keempat mereka iaitu Ayash Affan. Menerusi video tersebut juga, Shuib menunjukkan perkembangan Ayash daripada bayi sehingga meningkat usianya dua tahun. Ujar Shuib, masa cepat berlalu dan mereka sentiasa merindui arwah.

Pejam celik 2 tahun sudah berlalu. Masih terasa seperti semalam yang berlaku. Setiap hari kami pasti rindu. Ibu, hanya doa kami mengiringi mu. Al-Fatihah.

Dalam pada itu, ibu tiri arwah iaitu Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa sebagai Makder berkata mereka masih teringat momen pilih tarikh untuk arwah melahirkan Ayash.

Masih teringat tarikh yang kita pilih untuk Ayash lahir. Tapi Allah lebih sayangkan ibu Ayash. Al- fatihah buat insan hebat Siti Sarah Raissuddin.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah. Mereka menghadiahkan surah Al-Fatihah dan berharap arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19. Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

Video

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×