Satu rakaman yang tular di media sosial Singapura menerima kecaman warganet selepas seorang pelajar sekolah dilihat memaki hamun seorang guru dengan kata-kata berunsur ugutan bunuh, lapor Coconuts Singapore, semalam.
‘Saya akan tamatkan nyawa kamu’
Dalam satu insiden yang berlaku di Sekolah St. Andrew, seorang pelajar lelaki menyerbu masuk ke dalam bilik darjah selepas didakwa menerima hukuman disiplin bagi satu kesalahan.
Pelajar tersebut kemudian melulu ke arah seorang guru lelaki dan melemparkan kata-kata kesat sambil rakan sekelas lain menyaksikan kejadian tersebut.
Saya akan tamatkan nyawa kamu sekarang. Tutup mulut kamu!
Guru tersebut kemudian membalas tegas dengan meninggikan suaranya ke arah pelajar itu dan mengarahkannya agar berundur kerana berdiri terlalu dekat.
Jangan sentuh saya, jangan marah saya!
Sekolah berkenaan bagaimanapun tidak memberikan sebarang respon ketika diminta mengulas kejadian tersebut.
Video
Sumber: Coconuts Singapore, robinhoot.sg