Tindakan seorang pelancong malaysia makan di kaki lima ketika melancong ke Jepun mengundang kecaman kerana dianggap tidak menghormati budaya tempatan.

Artikel Berkaitan: Tular Video Atas Ranjang Berdurasi 12 Minit Mirip Penyanyi? Netizen Dah Jumpa Siapa Tuan Badan

Artikel Berkaitan: Video Seks Pemain Bola Sepak & Bekas Kekasih Tersebar, Rupanya Rekod Senyap-Senyap!

Makan di kaki lima

Menerusi perkongsian di TikTok, individu tersebut dilihat sedang menikmati makanan yang dibeli di sebuah kedai serbaneka.

Bagaimanapun, mereka menjamu selera di kaki lima, iaitu di luar premis kedai serbaneka tersebut hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Jepun.

Kenapa orang tu tengok-tengok? Ke sebab makanan letak bawah?

Mereka tengok sebab kita duduk (di kaki lima) macam ni kot?

Mereka tengok makanan kot. Orang naik basikal semua jeling atau mungkin sebab sampah?

Kemudian, salah seorang daripada mereka menyatakan kemungkinan mereka dipandang serong kerana makan di kaki lima, yang bukan merupakan budaya setempat.

Komen netizen

Perkongsian di media sosial itu kemudian mengundang perhatian orang ramai yang rata-ratanya menegur tindakannya.

Kata mereka, kebanyakan kedai serbaneka menyediakan tempat makan dan berharap setiap mereka yang melancong ke luar negara tidak melakukan perkara yang boleh memalukan negara.

Hasil tinjauan OhBulan! mendapati individu tersebut telah memadam hantaran video berkenaan.

Sumber: TikTok, Threads