berita

[VIDEO] Pelanggan Mengamuk Ditipu Peniaga Cili Kurangkan Timbangan – ‘Lepas Ini Bawa Penimbang Dari Rumah’

March 16th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Mendapat enam juta tontonan di laman TikTok, sebuah video memaparkan seorang seorang wanita yang mengamuk terhadap tiga peniaga cili yang dikatakan menipu sukatan timbangan meraih perhatian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Buka Parcel, Tak Nak Bayar COD Sebab Baju Ketat

Artikel Berkaitan: Tak Diberi Makan Semasa Majlis Perkahwinan, ‘Photographer’ Balas Dendam Padam Gambar Depan Pengantin

Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…

Tipu sukatan timbangan

Menerusi video yang dikongsi Menarik, seorang pelanggan meluahkan rasa kesal sebelum bertindak mengamuk berikutan ditipu oleh peniaga cili di sebuah pasar di Indonesia.

Wanita berkenaan dilihat menengking ketiga-tiga peniaga tersebut dan kejadian itu turut disaksikan oleh pelanggan-pelanggan lain yang berada di tempat kejadian.

Hei perempuan, saya beli cili di sini dua minggu lepas. Timbangan cili merah kurang satu perempat.

Dakwa pelanggan ini lagi, kejadian seumpama itu telah dua kali berlaku dan sebagai bukti dia meminta peniaga berkenaan mengeluarkan mesin penimbang dan menimbang di hadapannya. Bukan itu sahaja, wanita ini turut meluahkan rasa kasihan dengan nasib pelanggan-pelanggan lain yang turut ditipu.

Di hujung video tersebut wanita ini kemudiannya beredar dan memberikan peringatan kepada pelanggan lain supaya tidak membuat sebarang pembelian di kedai berkenaan. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum dengan keberanian wanita ini dalam menuntut keadilan sebagai pembeli.

Video penuh:

@tidakuse #infobatam #infobatamkota #fyp #cabecabean ##fypsound #fyp??viral #fypsouds #fypsounds? ? suara asli – menarik

Sumber: Menarik

SKIP THIS AD ×