Foto: Sinar Harian
Kes di mana pelanggan menipu peniaga bukan satu perkara yang baru terjadi di negara kita. Perkara tersebut secara tidak langsung, akan menyumbang kepada kerugian peniaga itu sendiri. Bahkan di abad milenial ini, para pelanggan masih berpegang teguh dengan prinsip Customer Always Right.
Artikel Berkaitan: Punya Takut Suami Marah Bayar Caj COD, Wanita Gigih Kira Kos Peniaga Sampai Guna Excel!
Seperti perkongsian seorang peniaga dikenali sebagai Noor Bazilla, menerusi kumpulan Komuniti Kuantan, tampil meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila ditipu oleh pelanggannya.
Lagi menyakitkan hati, apabila pelanggannya hanya mendiamkan diri setelah dia sampai di tempat yang dijanjikan ketika proses cash on delivery (COD) dibuat.
Terima pesanan
Foto: Noor Bazilla
Menerusi tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, wanita ini menerima pesanan daripada seorang lelaki. Pada mulanya, lelaki ini membuat pesanan makanan yang dikehendakinya seperti biasa. Bukan itu sahaja, lelaki ini juga cuba ‘mengorat’ wanita ini. Namun, wanita ini hanya sekadar melayan atas dasar pelanggannya.
Mula-mula dia cakap dekat saya , dia duduk Damansara . Bila dia hantar location , saya pelik kenapa area Semambu pulak . Memang selama ni yang mintak untuk cod , majoriti yang chat saya semua perempuan . Siap tanya single taken apa semua . Ingat cust ajak bergurau, kita tak kisah lah kan . Last-last ajak main . Saya rushing hantar dia punya last last kena Macam ni . Saya harap sangat lepas ni kes macam ni tak terjadi lagi .
Apa yang menjadi persoalan apabila, lelaki ini menjelaskan dia menetap di Damansara, namun lokasi yang dihantar adalah Semambu. Perkara tersebut telah menimbulkan syak wasangka peniaga itu pada mulanya. Jelas peniaga itu lagi, pelanggan-pelanggannya sebelum ini terdiri daripada kalangan wanita.
‘Terima kasih sudi bazirkan masa’
Foto: Noor Bazilla
Apa yang lebih mengecewakan apabila, peniaga ini sudah sampai di tempat yang dijanjikan. Namun, lelaki ini bertindak mendiamkan diri dan memberikan alasan dia hanya mahu berjenaka dan sempat mengucapkan terima kasih atas masa yang diluangkan. Tidak berakhir di situ, wanita ini menghabiskan masa selama 40 minit menunggu pelanggan misterinya yang tidak munculkan diri.
Saya yang balas WhatsApp cust saya yang hantar order dan saya yang kutip duit order cust . Kami beroperasi melalui kedai bukan masak dari rumah atau kilang . Dua kali terjadi macam ni . Kalau setakat order dua tu boleh terima lagi . Lepas ni nak kena mintak deposit dulu sebelum hantar . Takut terjadi lagi macam ni . Semoga peniaga kat luar sana lebih berhati hati.
Pada masa yang sama, wanita ini meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi. Tidak berakhir di situ, dia sempat memberikan nasihat kepada peniaga lain supaya lebih berwaspada supaya kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku.
Sumber: Noor Bazilla via Komuniti Kuantan