Penyanyi, Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila kedua ibu bapanya selamat tiba di Tanah Air selepas selesai menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Alif sendiri di laman Instagram miliknya. Alhamdulillah!
Sambut mama dan ayah
Ada hamba Allah sent me this video. Thank you for capturing this moment. Semalam Alif sambut mama ayah Alif balik dari Tanah Haram. Syukur that both of them are back safe. Buat semua jemaah haji yang baru pulang, semoga Allah S.W.T menerima segala ibadah mu, semoga Allah besarkan pahala mu, dan semoga Allah ganti dan gandakan apa yang telah kau belanjakan. Amin.
Menerusi video pendek berdurasi 39 saat itu, Alif dilihat meluru dan memeluk erat ayah dan ibunya sebaik sahaja mereka berjumpa. Lebih menyentuh perasaan, Alif dilihat mencium ibunya dengan penuh kasih sayang. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati melihat video tersebut. Malah, ada yang meluahkan rasa kerinduan terhadap ibu ayah selepas melihat video yang dimuat naik Alif.
Dia yang peluk, kita yang menangis
Selain netizen, rata-rata rakan artis seperti Achey, Diana Danielle, Hairul Azreen, Radin dan Nina Juren turut merasakan perasaan yang sama. Menurut Hairul, pelukan tersebut merupakan pelukan berkat dan kasih sayang di antara anak dan ibu bapa.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Alif Satar