![[VIDEO] Pemain Pasukan JDT, Feroz Baharudin Selamat Bernikah Pada Usia 23 Tahun](https://media.ohbulan.com/2023/12/Shahrin-default-image-2023-12-23T123845.582.png)

Hanya dengan sekali lafaz, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin selamat bergelar suami kepada wanita pilihan yang dikenali sebagai Mira Nadia, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: Hot FM Cipta Sejarah, Stesen Radio Pertama Anjur Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Bersama Pasukan JDT FC
Artikel Berkaitan: Jaringkan Gol Kemenangan Buat JDT, Akhyar Terima Ucapan Tahniah Daripada Eyka Farhana – ‘Congrats B’
Selamat bernikah

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup yang dipercayai berlangsung di Johor.
Feroz yang juga pemain tengah JDT menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 kepada pengantin perempuan.
Dalam majlis yang diraikan penuh meriah, pasangan sama cantik sama padan itu dilihat manis mengenakan busana sedondon berona krim.
Pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Video
@m.f.b.0200 Alhamdulillah Tahniah Feroz dan miraa nadia. Semoga kekal hingga ke Jannah? #ferozbaharudin #mfb0200 #ferozxmira ? Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi






![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)

![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)