Kira-kira seramai 4,000 penonton menjadi saksi kekuatan vokal dan persembahan memukau ‘Konsert Dia Misha Omar’ yang berlangsung di Mega Star Arena pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Giliran Misha Omar Menghiasi Papan Iklan Times Square, New York

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Misha Omar Terharu Ammar Ahyan Menyanyi Lagu ‘Break’ – ‘Disebabkan Dia, Ramai Mula Tahu Lagu Ini’

Raikan peminat 

Pemilik nama sebenar Samihah @ Aisah Omar itu meraikan penonton yang hadir pada konsert tersebut menerusi 21 buah rangkaian lagu popularnya.

Misha membuka panggung dengan menyanyikan sebahagian lagu ‘Bunga-Bunga Cinta’ dan seterusnya menghangatkan lagi suasana dengan lagu ‘Ku Seru, ‘Halaman Cinta’, ‘Sembunyi, Nafas Cinta’ dan ‘Angin Syurga’.

Sebelum menuruskan persembahan, Misha membuat kejutan dengan menyantuni para peminat dari aras atas arena tersebut hingga ke bawah pentas.

Konsert diteruskan lagi dengan dendangan lagu-lagu lain antaranya adalah, ‘Terimaku Seadanya’, ‘Debu Cinta’, ‘Sampai Di Sini’, Cinta Adam & Hawa’, Masihkah Ada Rasa Itu’ dan ‘Pulangkan’.

Pada malam tersebut, Misha juga mempersembahkan lagu terbaharunya berjudul ‘Break’, yang dicipta oleh komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

‘Break’ juga merupakan antara fenomena dalam kalangan generasi Z pada tahun ini selepas ia menjadi lagu kegemaran anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan.

Celoteh Idris

@ohbulanofficial

Comelnya teman duet Misha ♥️ Ibu & anak sama-sama sepentas

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Antara momen menarik di konsert tersebut adalah kemunculan istimewa cahaya mata Misha iaitu Muhammad Idris Ezzwa, 9, yang telah mencuit hati penonton dengan kepetahannya.

Kalau dulu awak semua kenal saya ketika berusia lapan tahun, sekarang saya sudah sembilan tahun.

Ibu saya pernah melalui fasa yang sukar, sampai dia rasa tak boleh lagi untuk menyanyi.

Namun ibu saya menghadiri kelas vokal bersama Datuk Syafinaz dan sejak itu dia mula menjadi lebih baik.

Tidak hanya itu, Idris kemudian sekali lagi menyorot perhatian dengan mendendangkan sebuah lagu Inggeris berjudul ‘Destiny’ bersama ibunya.

Tribute Adnan Abu Hassan

Misha menerusi konsert tersebut, turut menzahirkan penghargaan terhadap komposer terkenal yang juga merupakan sosok penting dalam karier seninya iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hasan. 

Penyanyi berusia 43 tahun tersebut kemudian menyampaikan lagu-lagu hasil karya arwah Adnan secara medley menerusi segment tribute khas. Antara lagu yang didendangkan adalah ‘Jerat Percintaan’, ‘Gubahan Rindu Puisi Syahdu’ dan ‘Renungan Terakhir’.

Arwah pernah kata suara saya sebenarnya biasa-biasa sahaja.

Tetapi, dia mengatakan ada ‘rasa’ dalam suara saya sehingga membuatkannya untuk mendengar lagi.

Sebagai penutup konsert, Misha menyampaikan lagu hits popularnya, ‘Bunga-Bunga Cinta’. Bagaimanapun, rata-rata penonton dilihat sukar untuk ‘move on’, malah tidak berganjak dari tempat duduk dan masih bersama-sama menyanyikan lagu tersebut hingga ke detik akhir.

Konsert itu juga turut dihadiri oleh rakan seindustri antaranya ialah Anuar Zain, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Ernie Zakri, Syamel, Datuk Fazley Yaakob dan Sherry Al Hadad.