![[VIDEO] Pempengaruh Mengidam Nak Rumah Bertanah Luas, Suami Hadiahkan Vila Bernilai RM2 Juta – ‘Nak Berpantang Di Rumah Baru’](https://media.ohbulan.com/2025/05/AYUNIE-VIL2-JUTA-1.jpg)

Usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Ayunie menerima kejutan istimewa daripada suaminya, Amirul Hakim, apabila dihadiahkan sebuah vila mewah bernilai RM2 juta.
Artikel Berkaitan: Ayunie Minta Netizen Cuci Hati, Biadab Sebab Tak Puas Hati Tengok Barang Kemas 15kg – ‘Maaf Cakap, Sebab Tu Kau Tak Senang-Senang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Ayunie Dituduh Riak, Tayang Beli Barang Kemas 15 Kilogram
Hadiah vila RM2 juta
@ayunieso24Sebenarnya he manage to buy this villa waktu i pregnant 7 months . dia trying dari pregnancy 5 months lagi tapi progress ambil masa . i cakap i mengidam nak rumah yang tanah luas sbb nak tambah lagi ruang and pool . i nak berpantang rumah baru . tapi i takberani post about this sbb time tu i sakit teruk wktu pregnant skrg dah bersalin 2 bulan baru berani post . Now throwback our journey . Alhamdulillah . Our dream house in progress renovation ?? love me like you do – moiseslyricsss
Momen manis itu dikongsikan sendiri oleh Ayunie menerusi satu video di platform TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami tercinta berada di vila tersebut.
Menurut Ayunie, vila berkenaan sebenarnya adalah sebagai tanda penghargaan buat dirinya yang telah menghamilkan anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya itu.
Sebenarnya dia uruskan pembelian vila ini waktu saya hamil 7 bulan. Dia cuba dari kehamilan saya 5 bulan lagi tapi semuanya ambil masa. Saya cakap saya mengidam nak rumah yang tanah luas sebab nak tambah lagi ruang dan kolam renang.
Walau bagaimanapun, Ayunie menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana mengalami masalah kesihatan serius sepanjang kehamilan.
Saya nak berpantang rumah baru tapi tak berani post tentang itu sebab waktu itu saya sakit teruk msa mengandung. Sekarang dah bersalin dua bulan baru berani post.
Ni adalah video throwback perjalanan kami.
Perkongsian itu menerima reaksi positif daripada para pengikutnya yang rata-rata tumpang gembira dan memuji usaha suami Ayunie dalam menggembirakan hati isteri tercinta.
Tahniah Yunie, jangan lupa bersedekah ya. Semoga melimpah rezeki yang halal.
Tahniah, rezeki Ayunie dan anak-anak.
Alhamdulillah, semoga bahagia selalu.
Sumber: TikTok Ayunieso







