![[VIDEO] Penampilan Aaisyah Dhia Rana Raih Pujian, Netizen Samakan Dengan ‘Barbie Doll’ – ‘Cantik Semulajadi’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/aaisyah-1.jpg)
Penampilan anak kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana menyorot perhatian ramai semasa di majlis pertunangan abangnya, Ammar Effendy.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaisyah Dhia Rana Raih Pujian Dengan Imej Rambut Baharu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Tidak Sihat, Aaisyah Dhia Rana Kemas Bilik Tidur Sendiri
Penampilan menawan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rozita atau mesra disapa Che Ta berkongsi momen ‘solo photoshoot’ Aaisyah.
Video berdurasi selama 20 saat itu dilihat Aaisyah mengenakan busana berwarna kuning serta gaya rambut yang dianggap matang daripada umur sebenar.
Bagaimanapun, penampilan yang dikenakan pada hari tersebut meraih pujian netizen yang menyamakan Aaisyah seperti ‘Barbie doll’.
Pujian netizen




Imbas kembali, majlis yang diadakan penuh eksklusif dan tertutup itu tular apabila difahamkan Ammar Effendy yang sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.
Bagaimanapun, identiti wanita tersebut masih lagi dirahsiakan apabila mereka memilih untuk tidak mendedahkan wajahnya.
Sumber: TikTok @rozitachewan








