Isteri kepada usahawan kontroversi, Prince Syed, iaitu Fatin Syazwani Ishak menyorot perhatian apabila mengenakan pakaian mencolok mata menerusi perkongsian terbaharu di media sosial.

Artikel Berkaitan: Isteri Prince Syed Selesa Dengan Berat Badan 38 KG, Tiada Masalah Kesihatan – ‘Syukur Pembedahan Bariatrik Menjadi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Nafi Isteri Ada Masalah Kesihatan, Netizen Bimbang – ‘Muka, Mata Memang Nampak Macam Sakit’

Pakaian

@prince.syed.shahid

30 julai – 2 ogos MYDIN JASIN 5-9 ogos Nagoya Segamat 13 – 16 ogos MYDIN JENGKA 20-23 ogos Toppen johor 27 – 31 Ogos Kipmall Kota Tinggi @WONDERFEST @paradisefoodfestival @Fantasiafoodfest

♬ original sound – Syed Fatin Jaeden Haifa – Syed Fatin Jaeden Haifa

Menerusi perkongsian di TikTok, Syed mempamerkan penampilan isterinya sambil memuji kecantikan Fatin.

Dalam video tersebut, Fatin dilihat tampil dengan gaya kasual apabila mengenakan baju t-shirt berlengan panjang yang dipadankan dengan seluar jean.

Apa yang menarik perhatian ialah penampilannya dilengkapi dengan sehelai singlet yang seakan-akan menyerupai pakaian dalam digayakan di bahagian luar baju t-shirt.

Komen netizen

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian  yang rata-ratanya kurang senang melihat penampilan Fatin selepas berhasil menurunkan berat badan.

Malah, ada segelintir netizen dilihat mengambil inisiatif menyunting penampilan Fatin menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) agar kelihatan lebih sopan.

Sumber: TikTok