Tidak dapat dinafikan, mencari pasangan sebagai teman hidup bukan satu perkara yang mudah. Betul lah orang kata,dalam mencari pasangan hidup, usaha itu sesuatu yang penting kerana jodoh tidak datang bergolek.
Baru-baru ini, seorang individu nekad mencari jodoh dengan menggunakan banner yang digantung di tepi jalan.
‘Penat lah asyik kena friendzone’
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Ariff Peter mengakui sudah lama hidup sendiri dan kini tiba masanya untuk mencari pasangan hidup. Menurut Ariff, setelah beberapa kali dikecewakan sebelum ini, dia kini nekad memasang banner di tengah pekan bagi merealisasikan impiannya untuk mencari jodoh.
Penat lah asyik kena friendzone. Ini lastlah, kalau masih tak dapat isteri lagi tak tahu lah.
Tambah Ariff lagi, meskipun tidak memiliki wajah yang tampan namun dia tidak berputus asa dan berharap usahanya mencari pasangan hidup akan membuahkan hasil. Ariff juga ada memuat naik satu video memaparkan usaha dirinya membuat flyers tentang jodoh sebelum disebarkan kepada orang ramai.
Kita yang tak handsome ni kenalah cari bakal isteri bersungguh-sungguh.
Jodoh tidak jatuh dari langit. Aku harus bekerja keras. Saya dah tiada seorang ibu untuk bantu carikan jodoh, InsyaAllah saya akan sedaya upaya cari jodoh seperti arwah ibu saya.
Lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut pernah menawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan teman hidup untuknya selain meminta para wanita menghantar ‘resume’ sekiranya meminati dirinya.
Pasang banner, bagi flyers cari jodoh
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Tawar RM10k
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Ariff Peter