Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, kembali mencuri perhatian apabila berkongsi pandangannya mengenai pembahagian harta dan soal perkahwinan semula sekiranya dia atau isterinya meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Duit Bukan Penentu Kebahagiaan Tapi Kalau Gaji RM1,700 Tak Payah Kahwin Lagi’ – Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Kongsi Rezeki Dengan Pengawal Keselamatan – ‘Bila Tengok Dia, Saya Teringat Arwah Abah’

‘Harta-harta saya bagi dekat anak-anak’

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak kisah isterinya, Datin Sri Shahida berkahwin lain sekiranya dia dijemput Ilahi kelak.  

Akan tetapi, dia memaklumkan bahawa segala harta yang dimiliki perlu diserahkan kepada anak-anak terlebih dahulu.

Kalau saya meninggal dunia, awak jadi janda kaya. Awak boleh kahwin lepas tu tapi harta-harta saya bagi dekat anak-anak.

Orang nak kahwin dengan awak sebabkan harta saya je. Penat saya jual jeruk, lepas tu suami baru awak pula yang kaya.

Dalam masa sama, Aliff turut berkongsi pendiriannya yang berbeza sekiranya isterinya pula yang meninggal dunia terlebih dahulu.

Kalau awak meninggal dunia, saya tak kahwin lain. Kalau orang nak aku, hati-hati dengan aku. Aku makikan dulu.

Tambah Aliff, sesiapa yang ingin menjadi pasangannya kelak harus bersedia dengan syarat serta perjanjian mengenai harta masing-masing.

Nak kahwin dengan aku kena ada kontrak dan syarat. Kau punya harta, kau punya. Aku punya harta, aku punya.

Sumber: TikTok