![[VIDEO] Pengasas Jenama Baju Raya Bersanding Selepas 18 Tahun Kahwin, Siap Jemput Afgan Buat ‘Show’](https://media.ohbulan.com/2025/04/PengasaQiszarSanding.jpg)

Pengasas jenama pakaian terkenal, Qiszar iaitu Norasila Sail meluahkan rasa gembira dan terharu apabila hasratnya untuk bersanding bersama suaminya yang dikenali sebagai Hafifi termakbul pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Fendy Bakry & Isteri Naik Pelamin Selepas 4 Tahun Berkahwin – ‘Datang Beraya Di Indonesia, Diorang Suruh Sanding’
Resepsi selepas 18 tahun kahwin
@norasilasailRecreating the wedding of our dreams after 18 years adalah sebuah experience yang sangat mahal Allah hadiahkan untuk kami berdua ? *type sambil nangis. Throwback gambar nikah first tu, mcm budak sekolah kena paksa kahwin lari, makeup pun berlemuih, makeup dekat saloon cina RM30 je, itu yang mampu. Then kebetulan hari yang sama, dekat flat ktorg ada org lain sanding, and dh habis sanding, ktorg pun pinjam lah duduk dekat pelamin tu. Tgh duduk atas pelamin, pengantin real pun lalu and pandang sinis ? Mmg experience yang tk dapat lupa sobs. Thank you so much untuk semua yang sudi datang raikan these special moments with us, it means a lot. Masih tak move on dari wedding vibes sabtu lepas.? original sound – norasilasail
Menerusi perkongsian di TikTok, Norasila berkongsi momen-momen istimewa sepanjang majlis persandingannya yang dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.
Norasila yang turut mengimbau kembali kenangan dengan memuat naik foto pernikahannya bersama Hafifi menganggap majlis resepsi itu sebagai satu momen yang terindah buat mereka selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.
‘Recreating’ majlis kahwin impian kami selepas 18 tahun berkahwin adalah satu pengalaman yang sangat mahal Allah hadiahkan buat kami berdua.
‘Throwback’ gambar nikah, macam budak sekolah kena paksa kahwin lari, ‘make up’ dekat salon RM30 ja sebab itu yang mampu.
Kebetulan hari yang sama, dekat rumah flat kami ada orang lain bersanding dan bila dah habis sanding kami pun pinjam lah duduk dekat pelamin itu.
Tengah duduk atas pelamin, pengantin sebenar pun lalu dan pandang sinis. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Lebih manis, majlis resepsi itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi terkenal Indonesia, Afgan yang membuat persembahan buat tetamu yang hadir.
Netizen tumpang gembira




Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya tumpang gembira dengan Norasila dan suami yang berjaya mengadakan majlis resepsi diimpikan mereka.
Netizen juga menjadikan Norasila dan suami sebagai sumber inspirasi mereka mengenai kehidupan suami isteri yang sentiasa setia bersama dalam apa jua keadaan.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)


