berita

‘Video Perlekeh Guru Bukan Lucu Bahkan Sangat Biadab’ – Penyampai Radio Tampil Mohon Maaf

February 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak iaitu Yusuf telah menerima kecaman hebat daripada netizen hari ini. Ini kerana, dia memperlekeh seorang guru Sains di sebuah saluran TV pendidikan. Susulan daripada itu, dia telah digantung tugas dan pihak pengurusan bakal melakukan siasatan dalaman tentang isu viral tersebut.

Artikel berkaitan: Penyampai Radio Perlekeh Guru Mengajar Bahasa Inggeris Digantung Tugas

Di Instagram, Yusuf memuat naik satu video permohonan maaf buat seluruh rakyat Malaysia terutama guru tersebut. Malah, dia turut mengakui kesalahan yang dilakukan itu adalah tidak wajar sekali.

I’m sorry

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Susup (@ssupyusuf)

Assalamualaikum nama saya Yusuf. Pertama sekali saya nak minta maaf terhadap video yang sedang viral. Saya mengaku bahawa video tersebut bukan sesuatu yang melucukan bahkan ia sangat biadab dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada golongan pendidik. Saya minta maaf sangat-sangat kepada cikgu tersebut. Saya baru tahu program yang disiarkan itu merupakan program di mana cikgu suka rela mengajar anak-anak murid di Malaysia. Saya rasa tak patut saya gelak dan ketawakan guru tersebut. Sekali lagi, saya minta maaf kepada guru tersebut, semua guru-guru dan semua orang yang menonton video tersebut. Terima kasih juga kepada semua kerana telah memberikan saya pengajaran dan menyedarkan saya.

Terbaru, penyampai radio Hitz yang dikenali sebagai Yusuf itu tampil memohon maaf di akaun Instagramnya. Dia juga sedar akan kesalahan yang dilakukan dan berharap guru tersebut dapat memaafkannya.

Sumber: Yusuf

SKIP THIS AD ×