![[VIDEO] ‘Pernah Jadi PA Syafiq Kyle & Idolakan Dia Dalam Bidang Lakonan’ – Ikmal Amry](https://asset.ohbulan.com/2026/05/ikmal-7.jpg)
Pelakon, Ikmal Amry tampil mendedahkan bahawa sebelum mencipta nama dalam dunia lakonan, dia pernah bekerja sebagai pembantu peribadi (PA) kepada aktor Syafiq Kyle.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ikmal Amry Dedah Momen Awal Percintaan, Terpikat Dengan Gelak Tawa Isteri
Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Imbas Pengalaman Pernah Dicabul – ‘Dia Pusingkan Muka Saya, Nak Cium & Pegang Bawah’
Jadi PA artis
@sembangseram Syafiq Kyle memang stylo guys, berlakon pun hebat weyy 🔥 #ikmalamry #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram ♬ original sound – sembangseram
Menerusi sebuah podcast Sembang Seram, Ikmal, 32, mengakui pernah menjadi pembantu peribadi (PA) kepada Syafiq Kyle sebelum menyertai program Hero Remaja.
Sebelum aku menjadi seorang pelakon, aku pernah jadi PA Syafiq Kyle.
Waktu itu sebelum aku sertai program Hero Remaja.
Tapi, masa itu aku dah mula berlakon sikit-sikit, dan aku jadi PA artis juga.
Tambahnya lagi, dia mengakui bahawa aktor tersebut merupakan idolanya dalam bidang lakonan.
Syafiq Kyle antara pelakon yang aku look up in acting.
Apa-apa yang dia buat macam dalam drama Nur, atau apa-apa filem, aku look up cara acting dia macam mana.
Tiru cara Syafiq Kyle

Berkongsi lanjut, aktor drama ‘Khianat Yang Terpilih’ itu sangat mengagumi cara lakonan Syafiq Kyle yang mampu membuatkan penonton menyayangi setiap watak yang dibawakan.
Bagi aku, dia berlakon bagi orang sayang.
Apa-apa dia buat, watak jahat ataupun watak baik, penonton sayang, suka tengok, dan dekat dengan watak dia.
Jadi, aku lebih tertarik dengan lakonan Syafiq Kyle.
Aku tak fikir artis luar negara macam Brad Pitt atau sesiapa
Syafiq Kyle sahaja yang aku tertarik.
Dalam masa sama, Ikmal tidak menafikan bahawa dia banyak menggunakan pendekatan lakonan pelakon tersebut sebagai rujukan dalam membentuk identiti lakonannya sendiri.
Dua hari lepas aku ada jumpa dia, aku cakap, ‘Syafiq, minta izin sebut nama kau eh, sebab memang aku tiru cara kau.’
Dalam apa-apa perlakuan, aku tiru dia.
Itu kalau orang lain perasan ataupun tak perasan.
Mungkin dengan cara aku bawa sesuatu watak itu boleh nampak aku yang lakonkan, tapi sebenarnya aku tiru gaya Syafiq Kyle.
Sumber: TikTok








