berita

[VIDEO] Persembahan Terakhir Seventeen Sebelum Pentas Dibadai Tsunami

December 23rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Gelombang tinggi tsunami telah melanda Pantai Barat Wilayah Banten, Indonesia pada jam 9.30 malam waktu tempatan, malam tadi. Susulan dari itu, ramai mangsa terkorban dari insiden tersebut.

Band popular Indonesia, Seventeen juga terkorban dalam insiden itu semasa membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, Pandeglang. Ini video persembahan mereka sebelum gelombang besar itu melanda.

Detik cemas dibadai tsunami

Video berdurasi 50 saat ini menyaksikan persembahan Band Seventeen sebelum tsunami melanda dari arah belakang pentas. Dapat dilihat bagaimana pentas roboh selepas dibadai ombak.

Minta doa semuanya

https://www.instagram.com/p/BrtX9T6Bjc3/

Menerusi sebuah entri di Instagram yang dikongsi vokalis kumpulan ini, Iffan, dia mengesahkan rakannya Bani maut dalam tragedi itu manakala tiga lagi anggota kumpulan iaitu Andi, Herman dan Ujang hilang dan belum ditemui.

Pengurus mereka juga, Oki Wijaya juga turut maut dan lebih menyedihkan lagi isteri kepada vokalis, Dylan Sahara juga belum ditemui.

Sumber: Riefian, Portal Umat

SKIP THIS AD ×