berita

[VIDEO] Pertama Kali Bergandingan, Lakonan Rita Nadira & Aniq Suhair Pikat Hati Netizen

January 24th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Rita Nadira dan Aniq Suhair mencuri perhatian selepas beberapa klip pendek lakonan mereka menerusi drama Cinta Bersemi Di Wadi  Safiyyah tular di platform TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rita Nadira Mengaku Keluar Berdua Dengan Aniq Suhair – ‘Bukan Dating, Teman Dia Cari Skincare’

Lakonan mantap Aniq, Rita

Tak dinafikan, sebelum ini ramai penonton berpendapat Rita dan Aniq tidak sesuai digandingkan sebagai hero dan heroin dalam drama tersebut kerana menyifatkan mereka berdua seperti ‘adik dan kakak’ dan bukannya pasangan kekasih.

Tetapi selepas episod pertama ditayangkan di slot Akasia TV3, penonton mula menyedari bahawa chemistry yang ada pada Dania dan Iqbal (watak Rita dan Aniq) sangat luar biasa! Meskipun ini kali pertama Rita dan Aniq bergandingan dalam satu drama, tetapi lakonan mantap mereka di Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah menerima pujian daripada para penonton.

Bukan itu sahaja, turut tular beberapa klip pendek lakonan mereka di TikTok sehingga ada dalam kalangan wargamaya mahu melihat mereka berdua berlakon dalam drama seterusnya.

@dramasangat Ini kelas memetik pucuk ubi, atau kelas nak memetik hati Dania eh! ?? #CintaBersemiDiWadiSafiyyah -> Isnin – Jumaat -> 7 malam di TV3! Lakonan oleh : @ritanadira_ – DANIA @aniqshr – IQBAL @aiditnohh – QABIL @zamarulhisham93 – SAFUAN @masanizan1 – KAYRA ezanynizariff_official – HUSSIN @azzaelite -HJH MARYAM @sereneclaire_ – JULIA dan ramai lagi. Penulis Skrip Sharifah Abu Salem Pengarah Shuhaimi Zulkefli Penerbit @zeelproduction Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di app @iqiyimalaysia ! #CintaBersemiDiWadiSafiyyah #DramaSangat #TV3Malaysia ? original sound – dramasangat

Sekadar info, drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah menceritakan tentang Dania yang terjebak dalam hubungan terlarang sehingga hamil anak luar nikah hasil hubungannya bersama Qabil. Namun, Qabil melarikan diri ke luar negara manakala, ibu bapa Dania iaitu Tuan Safuan dan Datik Kayra mahu anak perempuannya itu menggugurkan sahaja kandungan tersebut.

Bagaimanapun, bimbang dengan sikap panas baran yang dimiliki Tuan Safuan, Datin Kayra akhirnya mengambil keputusan untuk menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah sehinggalah pada satu ketika, Dania dan Ustaz Iqbal berjumpa dan kemudian jatuh cinta.

Perasaan yang timbul bagaimanapun tidak disenangi Umairah sehingga beberapa bulan kemudian Iqbal muncul di pusat perlindungan yang dimiliki keluarganya itu dan menimbulkan pelbagai ketegangan terhadap Dania, Qabil dan Ustaz Iqbal.

Selain Zamarul Hisham, antara pelakon hebat yang turut membintangi drama ini adalah, Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Azza Elite, Serene Clair, Ezany Nizariff dan ramai lagi.

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang ditayangkan menerusi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 Malam ini sudah mula ditayangkan pada 9 Januari lalu sehingga 15 Februari depan.

Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di aplikasi iQIYI

SKIP THIS AD ×